Parliament Hill, Ontario
Parliament Hill, Ontario

Parliament Hill, Ontario

Parliament Hill (Bahasa Perancis: Colline du Parlement) yang bermaksud Bukit Parlimen adalah sebuah kawasan di dalam tanah mahkota yang terletak di selatan tebing sungai Ottawa di Ontario, Kanada. Rangkaian bangunannya yang bercirikan seni bina kebangkitan Goth ini menempatkan bangunan Parlimen Kanada dan kawasan ini menarik kira-kira 3 juta pengunjung setiap tahun. Penguatkuasaan undang-undang di Parliament Hillbukit dan di presint parlimen merupakan tanggungjawab di bawah Perkhidmatan Perlindungan Parlimen (PPS).[lower-alpha 1][1]Pada asalnya merupakan tapak pangkalan tentera pada abad ke-18 hingga awal ke-19, pembangunan di kawasan itu kepada presint kerajaan bermula pada 1859, selepas baginda Ratu Victoria memilih Ottawa sebagai ibu kota Wilayah Kanada. Berikutan beberapa binaan tambahan kepada bangunan parlimen dan jabatan serta kebakaran yang berlaku pada 1916 yang memusnahkan Blok Tengah, Parliament Hill berada di dalam bentuknya yang sekarang setelah siapnya Menara Keamanan pada tahun 1927. Sejak 2002, projek pengubahsuaian dan pemulihan bernilai $1 bilion sedang dijalankan untuk kesemua bangunan presint; kerja-kerja dijangka untuk siap selepas tahun 2020.[2]

Rujukan

WikiPedia: Parliament Hill, Ontario http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.collineduparlement-parliamenthill.gc.ca... http://archive.is/ttQXM https://www.tpsgc-pwgsc.gc.ca/citeparlementaire-pa... https://visit.parl.ca/visit-e.html https://visitez.parl.ca/index-f.html https://books.google.com/books?id=IdQvs5SOCtMC&lpg... https://books.google.com/books?id=xUInFSPPc5kC&lpg... https://books.google.com/books?id=ylnGjgGExcwC&lpg... https://web.archive.org/web/20070422093100/http://...